Sekitar tahun 1800an,
kegiatan lanun di wilayah Sarawak amat berleluasa sekali. Lanun-lanun ini adalah
terdiri daripada lanun-lanun Sulu yang berasal dari Selatan Filipina. Kekejaman lanun-lanun ini memang tiada taranya
pada zaman itu ditambah dengan kegiatan mereka yang suka merompak kapal-kapal
dagang yang berurusan dengan Sarawak dan juga menyerang kampung-kampung di
persisiran pantai Sarawak. Lanun-lanun ini bukan sahaja akan merompak dan
membakar kampung-kampung malah mereka juga menculik ramai wanita dan budak-budak
kecil untuk dijadikan hamba abdi di dalam perahu-perahu mereka. Dikatakan bahawa
perahu-perahu lanun ini adalah perahu layar yang bersaiz besar dengan berukuran
40 kaki panjang dan 10 kaki lebar dan mampu untuk memuatkan 100 orang lanun
serta dilengkapi peralatan peperangan yang cukup seperti meriam dan sebagainya.
Rajah Brooke tidak menyenangi aktiviti ini kerana ianya telah menganggu keamanan rakyat Sarawak lebih-lebih lagi ianya menganggu gugat perdagangan Sarawak dengan dunia luar. Untuk itu pada November 1862, Rajah Brooke telah mengarahkan anak saudaranya iaitu Rajah Muda, Kapten John Brooke untuk ke Bintulu dan membina sebuah kubu di sana. Maka berangkatlah Rajah Muda dengan Kapalnya “Raibow” yang lengkap dengan segala bentuk peralatan perang seperti meriam yang akan digunakan untuk pertahanan di kubu yang dibina kelak. Disamping itu terdapat sebuah kapal penggempur “Jolly Bachelor” yang diketuai oleh Kapten Hewat juga mengusuli Rajah Brooke menyusuri persisiran pantai Sarawak ke Bintulu. Sewaktu menuju ke Bintulu inilah, Rajah Muda mendapat perkhabaran bahawa pelabuhan Mukah sedang diserang oleh lanun-lanun dan Rajah Muda ini maka tanpa berlengah telah mengarahkan kapal dan anak kapalnya ke Mukah. Sesampai di perairan Mukah, pertembungan kedua-dua kapal dengan perahu lanun pun bermula dan di dalam pertempuran itu armada laut Rajah Muda berjaya menenggelamkan 6 buah perahu lanun dan berjaya menyelamatkan tebusan-tebusan rakyat Sarawak yang dijadikan hamba abdi di perahu-perahu tersebut.
Hakikatnya di dalam Perang Mukah ini, armada Rajah Muda sebenarnya telah mengalami kerosakan yang teruk dan amat sukar untuk dibaiki dalam kadar segera sekiranya peperangan ini berlanjutan. Tetapi masa amat menyebelahi armada Rajah Muda kerana taktik peperangan yang digunapakai oleh Rajah Muda telah berjaya melemahkan angkatan lanun-lanun itu. Mangsa-mangsa penculikan lanun-lanun ini terdiri daripada penduduk persisiran Sarawak, pedagang-pedagang dari China dan Singapura serta 2 orang rakyat Inggeris telah dibebaskan di pelabuhan Mukah. Di dalam peperangan Mukah ini juga seramai lebih daripada 100 orang lanun yang terkorban dan ramai lagi yang mampu meloloskan diri dengan perahu-perahu kecil menuju ke laut luas. Diceritakan bahawa sepanjang berada sebagai hamba abdi di atas perahu lanun-lanun ini, kesemua tahanan telah diseksa dengan begitu zalim sekali. Mereka hanya diberikan minum air tawar yang sudah dicampur dengan air masin laut. Jika mangsa culikan terlalu letih dan tidak terdaya untuk berdayung maka mereka akan diseksa dengan menggosokkan cili merah ke mata mereka agar mereka kepedasan dan terus mendayung. Dan ada juga mangsa penculikan akan dibelasah dengan teruk dan sekiranya menemui ajal akan dibuang terus ke laut.
Inilah sekelumit sejarah tentang Peperangan Mukah yang berlaku diantara armada laut Rajah Muda John Brooke anak saudara Rajah James Brooke dengan lanun Sulu pada November 1862. Peperangan ini telah menandakan satu detik sejarah di dalam sejarah lama pembentukan Negara Sarawak yang lebih stabil dan makmur.
Borneo Oracle ♥ Sarawak’s History
Sources: Sellick, Douglas
R. G. (2010). Pirate Outrages: True Stories of Terror on the China Seas.
Freemantle Press
Casinos Near Harrah's Casino, Chester NE, US - Mapyro
ReplyDeleteSearch for Casinos Near Harrah's Casino, Chester NE. Find addresses, see 대구광역 출장마사지 photos and 삼척 출장안마 read 1836 reviews: "This 화성 출장마사지 place is smokey. 인천광역 출장마사지 It's noisy, its 계룡 출장마사지 dirty, and I'm