Wednesday, July 24, 2013

TEMPAT MENARIK DI SARAWAK: LOAGAN BUNUT

Tasik Dua Fenomena di Taman Negara Loagan Bunut
Pemandangan senja di tasik Loagan Bunut
Menyaksikan bulan penuh di langit membalikkan cahaya dan bayang-bayangnya di tasik yang tenang adalah saat paling ditunggu-tunggu oleh pelawat jika berkunjung ke Taman Negara Loagan Bunut (TNLB) di Sarawak. Begitu juga suasana awal pagi waktu terbitnya matahari yang diceriakan dengan suara penghuni hutan belantara. Hati pasti teruja tatkala  menyusuri tasik menggunakan bot sambil melihat burung-burung berterbangan di langit biru.
Terletak kira-kira 120 kilometer di tenggara  bandar raya Miri Sarawak, Loagan Bunut yang mempunyai keluasan 6.5 kilometer persegi merupakan satu-satunya tasik air tawar semula jadi yang ditemui di negeri Sarawak.  Diwartakan pada 1990, TNLB meliputi kawasan seluas 10,736 hektar antara Sungai Tinjar dan Sungai Teru yang akan bertemu dengan kawasan tadahan Sungai Baram di bahagian hulunya. Loagan Bunut diberi gelaran oleh penduduk asal suku Berawan bermaksud ‘tasik’ dan ‘bekal makanan’. Apa yang menarik, tasik ini terletak di tengah-tengah kawasan taman negara itu.
Selamat datang ke Loagan Bunut...
Kira-kira 94 peratus daripada kawasan taman negara adalah paya termasuk tasik dan hanya 6 peratus sahaja kawasanya iaitu di bahagian selatan adalah banjaran bukit-bukau. Namun tidak ramai yang mengetahui, tasik yang berusia 10,000 tahun ini akan kering kontang menjadi padang jarak padang tekukur setiap kali kedatangan musim kemarau. Fenomena luar biasa ini boleh disaksikan antara bulan Mac hingga September setiap tahun. Adakalanya tasik ini kering kontang beberapa kali dalam setempoh setahun. Pada paras biasa tasik ini mempunyai kedalaman 4 hingga 5 meter namun parasnya boleh mencecah lebih tinggi pada musim hujan.
Sebenarnya, tasik ini diairi oleh Sungai Bunut iaitu anak sungai yang berpunca dari Sungai Teru yang mengalir ke Batang Tinjar, Baram. Justeru itu naik turun paras air di tasik ini dipengaruhi besar oleh paras air sungai di Batang Tinjar. Apabila paras air sungai ini turun maka paras air tasik di Loagan Bunut juga akan turun sehingga kering. Malah penduduk tempatan boleh menggunakan motosikal ataupun kereta di tengah-tengah tasik yang telah kering.
Loagan Bunut semasa dilimpahi air
Uniknya semasa ‘pengeringan’ ini, pelbagai spesis ikan sungai antaranya biawan, tapah, betutu, mengalan dan mata merah yang hidup di tasik berkenaan akan berhijrah dan berkumpul di Sungai Teru sebelum menuju ke Sungai Batang Tinjar.
Loagan Bunut mnejadi padang yang kering kontang
Kemarau  berakhir, musim tengkujuh pula menyusul menyebabkan tasik itu sekali lagi dilimpahi air dari Sungai Bunut dan Batang Tinjar. Pada masa inilah ikan-ikan yang berhijrah sebelum ini berenang masuk ke dalam Loagan Bunut.
Bentuk Loagan Bunut dari atas
Menyedari keunikannya dan pentingnya tasik ini terhadap ekosistem, pada tahun 2001, TNLB telah dipilih sebagai tapak Projek Pemuliharaan dan Penggunaan Lestari Hutan Paya Gambut Tropika dan Ekosistem Tanah Lembap yang dibiayai oleh Kerajaan Malaysia dan  Projek Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP)/Kemudahan Alam Sekitar Global (GEF).
Di bawah projek ini, TNLB dijadikan salah satu tapak demontrasi di mana penyelidikan flora dan fauna secara terperinci dilaksanakan untuk pengurusan hutan hutan paya gambut dan ekosistem tanah lembap secara mapan di negara ini. Pada masa yang sama membantu kerajaan memelihara keindahan alam serta ekosistem di TNLB sebagai pusat pelancongan eko.
Sesuai dengan cirinya sebagai hutan paya gambut, TNLB menyajikan keindahan landskap dan panorama hijau yang mengasyikkan dan memang ideal untuk pengunjung yang mahu bersantai sambil menambah pengetahuan. Ia begitu kaya dengan kepelbagaian bio seperti 500 spesies tumbuhan berbunga termasuk orkid dan herba, 190 spesies burung, 70 jenis ikan, 20 spesies katak dan 30 spesies reptilia. Tasik ini juga dihuni oleh buaya spesies false gharial atau jejulong.
Pemandangan Loagan Bunut yang berkabus pada waktu pagi
Bagi pengunjung yang gemarkan aktiviti lasak, mereka berpeluang meredah hutan seakan kembali ke alam semula jadi melihat pelbagai keajaiban alam ciptaan Tuhan yang kaya sambil menghargai khazanah alam yang tidak ternilai. Jika bernasib baik, para  pengunjung berpeluang untuk melihat berbagai spesies burung liar seperti kelawar, kenyalang, bangau, raja udang, binatang liar yang terlindung seperti beberapa spesis monyet, musang dan habitat babi hutan.
Spesien burung Rufous di Loagan Bunut
Selain itu, TNLB merupakan syurga bagi kaki pancing dan peminat burung. Sepanjang tahun 2006, seramai 1,240 pelawat termasuk pelancong asing datang ke sini dan jumlah ini dijangka meningkat berikutan Tahun Melawat Malaysia (TMM) tahun ini.
Spesies kelawar Rhinolophus trifoliatus yang ditemui di Loagan Bunut
Oleh kerana kawasan TNLB luas, pengunjung perlu bijak membahagikan masa untuk melawat sekitar tasik dan seeloknya dapatkan panduan lawatan atau juru pandu yang disediakan pihak pengurusan taman. Selain mengelilingi tasik, pengurusan menyediakan lima pilihan laluan pendidikan iaitu Laluan Tapang (260m), Laluan Belian (720m), Bukit Paron dan Laluan Hidupan Liar (2km) dan Laluan Hidrologi (2.5km) melalui hutan paya gambut.
Spesies Rufuos-collared Kingfisher di Loagan Bunut
Selain itu, pengunjung boleh menyusuri tasik menggunakan bot sambil menghirup udara segar dan menikmati keindahan alam sekitar. Penjelajahan tasik ini bermula di jeti taman sebelum mengelilingi tasik seterusnya memasuki Sungai Bunut dan Sungai Bunan.
Bentuk Loagan Bunut yang unik
Bayaran bergantung kepada pakej yang digunakan. Selain keindahan alam semula jadi di kawasan tasik, Loagan Bunut turut menyediakan nilai-nilai kebudayaan yang boleh menarik ramai pelawat.
ketua kaum Berawan menunjukkan lejeng atau kubur lama
Antaranya kawasan perkuburan tradisional masyarakat kaum Berawan di Pulau Tengah iaitu sebuah pulau kecil yang terletak di tengah-tengah tasik tersebut. Kawasan perkuburan tua ini masih digunakan oleh penduduk kampung sehingga ke hari ini. Selain itu pelawat pasti teruja dengan cara perikanan tradisi yang hanya diamalkan oleh kaum Berawan iaitu `selambau’.
Kaedah menangkap ikan menggunakan Selambau oleh kaum Berawan di Loagan Bunut
Selambau ialah satu cara menangkap ikan menggunakan pukat sama ada ia dilakukan dari dari atas rumah yang berada di atas air ataupun di atas perahu. Pengunjung yang ingin menyaksikan kaedah menangkap ikan ini digalakan datang pada bulan April hingga Ogos.  Pengunjung juga boleh mendapatkan pengetahuan mengenai pelbagai spesies ikan sungai eksotik disamping membeli dengan harga berpatutan. Selain itu rumah-rumah panjang kaum Berawan, Iban dan Punan yang terletak di kawasan sekitar tasik itu turut menjanjikan tarikannya tersendiri.
Hidupan liar 'periuk kera'
Hidupan liar 'Kacip Fatimah' di hutan Loagan Bunut
Untuk pengunjung yang merancang tinggal di sini beberapa hari, pengurusan taman menyediakan sebuah hostel mengandungi empat bilik, tujuh katil bertingkat setiap bilik, tempat berkhemah dan kantin. Pengunjung boleh memilih untuk menginap di chalet yang mempunyai tiga katil setiap bilik dan dilengkapi penghawa dingin. Ataupun, pengunjung boleh bermalam di chalet yang diusahakan oleh kaum Berawan seperti Mutiara Bunut, Kumbang Leng Chalet dan Adam Lian Chalet.
Sebuah calet yang menghadap Loagan Bunut
Selain itu kemudahan rumah bot, rumah penyimpanan, loji perawatan air bagi kemudahan penginap, rumah janakuasa elektrik, pondok-pondok rehat, jeti, tempat pejalan kaki dan kawasan letak kereta yang luas serta kemudahan jalan raya berturap dari simpang masuk hingga ke ibu pejabat taman negara. TNLB turut giat mengadakan kempen pendidikan alam sekitar dengan kerjasama sekolah, institusi pendidikan tinggi, sektor swasta, kerajaan dan badan bukan kerajaan.
Lokasi TNLB begitu strategik dan dapat dihubungi dengan mudah menggunakan jalan raya. Pengunjung boleh sampai di sana menggunakan kenderaan pacuan empat roda yang mana perjalanan mengambil masa selama dua jam setengah bergantung kepada keadaan cuaca.
Bagi yang menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan teksi, perkhidmatan ini hanya sampai di Pasar Lapok, 10 km dari taman negara. Pengunjung  perlu mencari pengangkutan sewa sebelum meneruskan perjalanan. Pilihan lain, pengunjung boleh menghubungi pengurusan taman untuk mengambil mereka di Pasar Lapok. Perjalanan dari Lapok ke TNLB menyeberangi jambatan Sungai Tinjar mengambil masa 15 hingga 20 minit.
Gadis cilik Berawan manis dalam persalinan tradisional
Untuk pengalaman yang lebih mencabar, pengunjung boleh menggunakan bot ekpress dari Kuala Baram ke Marudi dan bermalam semalaman sebelum meneruskan perjalanan ke Lapok pada keesokan pagi. Perjalanan dari Marudi ke Lapok mengambil masa selama 4 jam melalui Sungai Baram dan Sungai Tinjar, namun pasti berbaloi kerana pelbagai pengalaman menarik dapat ditimba selain menghirup udara segar di sepanjang sungai tersebut.

Monday, July 22, 2013

Penyebab warna air laut


Cahaya matahari matahari terdiri dari tujuh warna (merah, oranye, kuning, hijau, biru, nila, ultraviolet). Masing-masing warna memiliki panjang gelombang tersendiri. Kemampuan cahaya untuk menembus air tergantung pada panjang gelombangnya. Semakin pendek gelombang cahaya maka akan semakin besar kekuatannya untuk menembus air. Karena itu, cahaya warna merah akan terserap pada kedalaman kurang dari 20 meter, dan setelah itu keberadaanya tersembunyi atau tidak terlihat. Disinilah mulai muncul kegelapan warna merah. Seandainya ada penyelam yang terluka dan berdarah di kedalaman kurang lebih 25 meter maka akan terlihat darah berwarna hitam bukan merah dikarenakan warna merah sudah tidak mampu menembus pada kedalaman tersebut.



 
Warna air laut ditentukan oleh kekeruhan air laut itu sendiri dari kandungan sedimen yang dibawa oleh aliran sungai. Pada laut yang keruh, radiasi sinar matahari yang dibutuhkan untuk proses fotosintesis tumbuhan laut akan kurang dibandingkan dengan air laut jernih. Pada perairan laut yang dalam dan jernih, fotosintesis tumbuhan itu mencapai 200 meter, sedangkan jika keruh hanya mencapai 15 – 40 meter. Laut yang jernih merupakan lingkungan yang baik untuk tumbuhnya terumbu karang dari cangkang binatang koral.

Ada beberapa warna-warna air laut karena beberapa sebab:
a. Pada umumnya lautan berwarna biru, hal ini disebabkan oleh sinar matahari yang bergelombang pendek (sinar biru) dipantulkan lebih banyak dari pada sinar lain.
b. Warna kuning, karena di dasarnya terdapat lumpur kuning, misalnya sungai kuning di Cina.
c. Warna hijau, karena adanya lumpur yang diendapkan dekat pantai yang memantulkan warna hijau dan juga karena adanya planton-planton dalam jumlah besar.
d. Warna putih, karena permukaannya selalu tertutup es seperti di laut kutub utara dan selatan. Aliran air dari glaycer banyakmembawa tepung batu yang merupakan hasil pelapukan material daratan, kemudian dibawa oleh aliran air tawar menuju estaurine.
e. Warna ungu, karena adanya organisme kecil yang mengeluarkan sinar-sinar fosfor seperti di laut ambon.
f. Warna hitam, karena di dasarnya terdapat lumpur hitam seperti di laut hitam
g. Warna merah, karena banyaknya binatang-binatang kecil berwarna merah yang terapung-apung

Perkembangan Islam di Sarawak

 
1476M
  • Kemasukan Islam di Sarawak berkait rapat dengan perkembangan Islam di Brunei.
  • Zaman Kegemilangan Kesultanan Brunei, Sarawak adalah sebahagian dari tanah jajahan takhluk Brunei.
  • Pengislaman Awang Khalak Betatar di negeri Johor yang berketurunan dari suku Bisayah , Limbang menandakan bermulanya perkembangan Islam di Sarawak
 
1599M
  • Pertabalan Sultan Tengah sebagai Sultan Sarawak Daru Hana dianggap sebagai detik rasmi bertapaknya Islam di Sarawak.
  • Para Sharif berketurunan Arab telah di lantik sebagai wakil Sultan Brunei ketiga iaitu Sultan Ali Bilfalih bagi menjalankan pemerintahan di beberapa buah wilayah naungan Kesultanan Melayu Brunei di Sarawak, contohnya Sharif Ja’afar di Lingga, Sharif Maulana di Kalaka Sharif Shabudin dan Sharif Shahab di Sadong
 
1841M
  • Sarawak (Kuching) telah diserahkan sepenuhnya kepada James Brooke pada 24 September 1841 akibat daripada pertelingkahan kuasa dalam Kesultanan Melayu Brunei
  • Kelemahan pemerintahan pusat Brunei telah menyebabkan perluasan kuasa oleh keluarga Brooke bermula dengan Kuala Samarahan (1846), Sadong, Lingga, Skrang, Saribas dan Simanggang (1953), Rajang hingga ke Bintulu (1861, Miri dan Baram (1883), Lawas (1885) dan Limbang (1890)
 
1852M-1886M
  • Jawatan dan gelaran para pembesar Melayu seperti Datu Patinggi, Datu Bandar, Datu Temenggong, Datu Hakim dan Datu Imam diwujudkan semula oleh keluarga Brooke bagi memenangi hati umat islam.
  • Fungsi-fungsi jawatan dan gelaran tersebut dikawal dan dihadkan oleh Brooke.
  • Pemerintahan Brooke bukan sekadar menguasai pemerintahan, namun beliau juga mencampuri urusan perundangan agama umat Islam.
 
1870M
  • Brooke telah menubuhkan Native Mohammaden Probate and Divorce Court  bagi menyelesaikan masalah perkahwinan, perceraian dan kematian untuk umat Islam Sarawak.
 
1915M
  • Undang-undang bertulis untuk mentadbir orang Islam Sarawak dikuatkuasakan yang dinamakan sebagai Undang-Undang Mahkamah Melayu Sarawak (UMMS).
  • Undang-undang tersebut mengutamakan perkara-perkara seperti pertunangan, perkahwinan, perceraian dan salah laku seksual di kalangan orang Melayu.
 
 
 
1932M-1956M
  • UMMS telah dipinda untuk meluaskan peranan bagi bergerak ke arah penerimaan Islam secara meluas dimana jawatan Musfti telah diwujudkan pada tahun 1941M.
 
1945M
  • Selepas kekalahan pihak Jepun dalam Perang Dunia Kedua, Vyner Brooke telah mengambil keputusan untuk menyerahkan Sarawak kepada British atas tekanan daripada Kerajaan British.
  • Agama Islam tidak mengalami perkembangan seperti yang diharapkan di bawah pemerintahan British
 
1954M-1955M
  • Penubuhan Majlis Islam dan Adat Istiadat Melayu Sarawak dibawah Majlis Islam In-Corporation Ordinance, 1954.
  • Namun begitu majlis ini masih juga tidak mendapat peruntukan daripada pihak British dan disamping majlis tersebut juga mempunyai tenaga kerja yang sedikit dan sumber kewangan yang sangat sedikit.
Sumber: anjungmasjid.sarawak.gov

Sunday, July 21, 2013

The Best Tourism Places in Sarawak: Bako National Park

Bako National Park, established in 1957, is the oldest national park in Sarawak, eastern Malaysia, on the island of Borneo. It covers an area of 27.27 square kilometres (10.53 sq mi) at the tip of the Muara Tebas peninsula at the mouth of the Bako and Kuching Rivers. It is approximately 40 kilometres (25 mi) by road from Kuching. Millions of years of erosion of the sandstone have created a coastline of steep cliffs, rocky headlands and stretches of white, sandy bays. Wave erosion at the base of the cliffs has carved many of the rocky headlands into fantastically shaped sea arches and seastacks with colored patterns formed by iron deposition. Some of these rock formations can be seen on entry to the Teluk Assam Beach, which fronts the park. The park can only be reached by a 20-minute boat ride from the village of Kampung Bako. It is often visited as a day-trip from Kuching, though accommodations (campground and forestry service bungalows) are available.
 
File:797 - Bako NationalparkPANORAMA.JPG
 
 
Bako is one of the smallest national parks in Sarawak. However, it features multiple biomes (including rainforest), abundant wildlife, jungle streams and waterfalls, secluded beaches, and trekking trails. A network of 16 marked walking trails of different lengths allows visitors access. In addition, various beaches are accessible by boat from Kampung Bako or Teluk Assam, as well as a geologically interesting sea stack rock formation. The range of attractions and activities in a compact area have made Bako one of the most popular parks in Sarawak
The park was the final pit stop of The Amazing Race Asia 1
File:Bako National Park 2006.jpg
 
Bako contains almost every type of plant life found in Borneo, with over 25 distinct types of vegetation from seven complete ecosystems: beach vegetation, cliff vegetation, kerangas or heath forest, mangrove forest, mixed dipterocarp forest, padang or grasslands vegetation and peat swamp forest. The unusual plant life includes a variety of carnivorous plants (four species of pitcher plants, sundews, bladderworts) as well as a huge variety of tree and other plant species.
 
File:Juvenile Proboscis Monkey.jpg
 
 
 
Bako is home to approximately 150 endangered proboscis monkeys, which are endemic to Borneo, and has been called "the best place to see proboscis monkeys in Sarawak". Other animals include the long-tailed macaque, silvered langur, plantain squirrel, Bornean bearded pig, monitor lizards, and otters. All of these are present in the forest as well as near camp headquarters on Telok Assam beach. Bako is also home to a number of lizards and snakes, most of which are harmless. Bako is a fascinating place for bird watching, with over 150 species recorded. Bako's nocturnal creatures include the colugo, pangolin, mousedeer, various species of fruit-eating and insect-eating bats, tarsier, slow loris and palm civet

Thursday, July 18, 2013

KISAH DISEBALIK MAKAM DAYANG ESAH DI KAMPUNG PUSA

 
Pada zaman dahulu sebelum kedatangan Rajah Brooke, 
ada sebuah daerah di Negeri Sarawak bernama Saribas.
Daerah tersebut dikatakan terletak di bawah kekuasaan 
Sultan Brunei.Sultan Brunei menghantar wakilnya untuk 
memerintah daerah-daerah yang jauh dari Brunei.Bagi 
daerah Saribas,Sultan Brunei menghantar seorang 
wakilnya iaitu Datuk Temenggong Kadir.Datuk Kadir dan 
isterinya pun tinggallah di Saribas.Pusat pemerintahannya 
terletak di sebuah tempat bernama Tandang Sari (sekarang 
tempat ini bernama Pusa).



Datuk Temenggong menjalankan pemerintahannya dengan 
adil dan saksama.Dia dikasihi oleh rakyat Saribas.
Datuk Temenggong Kadir telah lama berkahwin.Isterinya, 
bernama Dayang Siti Hajar.Tetapi perkahwinan mereka selama 
tujuh tahun itu belum lagi dikurniakan seorang anak.
Datuk Temenggong Kadir dan isterinya,selalu berdoa agar 
mereka dikurniakan cahaya mata.Walaupun mereka hidup bahagia 
tetapi mereka selalu merasa kesunyian kerana tidak 
mempunyai anak.



Pada suatu malam,seperti biasa selepas sembahyang dan
berdoa,Datuk Temenggong Kadir pun tidur.Dalam tidurnya 
itu, dia telah bermimpi,dia telah mendengar satu suara. 
Datuk Temenggong Kadir tidak tahu dari mana arah suara 
itu datang.Suara itu berkata:“Wahai Temenggong Kadir, 
aku kasihan melihat kamu berdoa.Kamu kesunyian.Aku ingin 
menolong kamu berdua.Ikutlah apa yang aku katakan ini! 
Esok kamu pergilah ke hulu Sungai Tandang Sari. Di sana 
ada serumpun buluh betong.Potonglah buluh betong itu. 
Di dalamnya ada sebiji telur.Ambil telur itu dan simpanlah     
baik-baik”.


Selepas mendengar suara itu Datuk Temenggong Kadir pun
terjaga dari tidurnya.Dia tidak dapat melelapkan matanya 
lagi kerana memikirkan arahan dari suara itu.Dia tertanya-
tanya benarkah apa yang dikatakan oleh suara di dalam 
mimpinya itu. Atau cuma syaitan yang ingin mengganggunya? 
Datuk Temenggong Kadir pun mengejutkan isterinya dan 
menceritakan mimpinya itu.Isterinya menasihatkan Datuk 
Temenggong Kadir agar menurut apa yang disuruh oleh 
suara itu.


Keesokan harinya, Datuk Temenggong Kadir pergi 
ke hulu Sungai Tandang Sari.Dia pergi seorang diri 
dengan menaiki perahu koleknya,dan membawa pedang 
saktinya “Gempetar Alam”.Dalam perjalanannya itu, 
matanya meliar ke kiri dan kanan memerhatikan kalau-
kalau ada rumpun buluh betong seperti yang dikatakan 
di dalam mimpinya itu. Akhirnya, dia bertemu dengan 
pokok buluh betong itu.Hatinya berdebar-debar. 
Dengan tidak membuang masa lagi,Datuk Temenggong 
Kadir pun mengikat perahunya dan naik ke darat.Dia 
terus memotong pokok buluh itu.Sekali tetak sahaja 
pokok buluh itu terus putus.Benarlah, terdapat telur 
di dalam batang buluh betong itu.Datuk Temenggong 
Kadir mengambil telur itu dengan berhati-hati lalu 
dibawanya pulang.


Sampai di rumah, telur itu disimpan baik-baik.
Pada malam itu,apabila dia tidur,disimpannya telur itu 
di sebelah kiri kepalanya.Apabila menjelang tengah 
malam,tiba-tiba mereka terjaga kerana mendengar suara 
budak menangis.Datuk Temenggong Kadir mendapati telur 
tersebut telah pecah.Tahulah dia bahawa budak itu 
lahir dari telur itu. Walaupun mereka berasa sangat 
terkejut akan kejadian itu tetapi mereka gembira. 
Sekarang mereka telah mempunyai seorang anak perempuan.      
Sejak dari tengah malam itu, sampailah ke pagi,mereka 
tidak tidur kerana sibuk dengan anak yang baru menjelma 
itu.Mereka berdua sangat bersyukur kepada Allah kerana 
telah dikurniakan anak, walaupun bukan anak kandungan 
mereka.


Budak perempuan itu dinamakan Dayang Isah.Apabila
sudah dewasa,Dayang Isah amat cantik rupa parasnya 
dan tiada tolok bandingnya pada zaman itu.Ramai lelaki 
yang terpandang akan kecantikan rupa paras Dayang Isah 
terus jatuh cinta dan ingin memilikinya.Ramai pemuda di 
daerah Saribas berbunuh-bunuhan kerana berebut hendak 
memperisterikan Dayang Isah.Nampaknya kecantikan Dayang 
Isah dirasakan oleh penduduk Saribas sebagai satu bencana 
pula.Datuk Temenggong Kadir tidak juga berasa senang 
dengan keadaan itu. Dia ingin mengahwinkan Dayang Isah 
dengan seberapa segera.


Antara pemuda yang gagah perkasa dan disegani oleh
penduduk di Tandang Sari ialah Abang Bunut.Abang Bunut 
ialah pemuda harapan Datuk Temenggong Kadir.Dia seorang 
pemuda yang peramah,jujur,bersopan santun dan berbudi 
bahasa.Tingkah laku dan ketrampilan Abang Bunut telah 
memikat hati Dayang Isah.Oleh kerana Abang Bunut bekerja 
di istana Datuk Temenggong Kadir,maka dia sering bersua 
muka dengan Dayang Isah.Dari situ,lahirlah perasaan cinta      
yang sangat mendalam di antara mereka berdua.Mereka pun 
berkasih-kasihan dan seolah-olah tidak ada sesuatu pun 
yang dapat memutuskan hubungan antara mereka berdua.
Tambahan pula perhubungan mereka direstui oleh Datuk 
Temenggong Kadir dan isterinya.


Pada suatu malam Datuk Temenggong Kadir bermimpi.
Dalam mimpinya itu, dia telah mendengar suara yang 
sama di dalam mimpinya dulu.Kali ini suara itu berkata:
“Wahai Temenggong Kadir! Dengarlah kata-kataku ini. 
Dayang Isah telah dewasa dan telah menjadi rebutan 
ramai pula.Sesiapa yang hendak memperisterikan Dayang 
Isah mestilah menyediakan sepuluh kati emas sebagai mas 
kahwin”


Datuk Temenggong Kadir pun terjaga dari tidurnya.
Dia berasa resah dan susah hati mengingatkan kata-kata 
dari suara di dalam mimpinya itu.Dia terkenangkan Abang 
Bunut yang diketahuinya sangat menyintai Dayang Isah,
begitu juga Dayang Isah.Walaupun Datuk Temenggong Kadir 
sangat berkenan dengan Abang Bunut untuk menjadi 
menantunya tetapi Abang Bunut seorang pemuda yang miskin, 
dan sudah pasti tidak dapat menyediakan mas kahwin 
sebanyak sepuluh kati emas itu.


Keesokan harinya,Datuk Temenggong Kadir memberitahu 
isterinya akan mimpinya itu.Mereka berdua 
sangat berasa sedih.Mereka terpaksa patuh dengan 
arahan suara itu kerana mereka yakin bahawa mimpi 
itu benar.Mereka mengambil keputusan untuk 
memberitahu anaknya Dayang Isah dan juga Abang Bunut.
Kedua-duanya berasa sangat kecewa setelah diberitahu.
Abang Bunut tahu dirinya tidak terdaya untuk menyediakan 
mas kahwin sebanyak sepuluh kati emas walaupun berusaha 
bertahun-tahun lamanya. Maka tingggallah mereka berkasih-
kasihan begitu saja,makan hati berulam jantung.


Diriwayatkan,ada seorang saudagar Bugis dari 
Palembang,bernama Nakhoda Khar,hendak pergi berniaga 
ke negara Brunei.Dalam pelayarannya dari Palembang 
ke Brunei,dia dan anak-anak buahnya singgah di muara 
Sungai Saribas.Pada masa dia singgah itulah dia mendengar 
cerita dari penduduk di situ tentang kecantikan Dayang 
Isah di Tandang Sari,maka timbullah niat di hatinya 
memperisterikan Dayang Isah.Nakhoda Khar memang sanggup 
memenuhi syarat menyediakan mas kahwin sebanyak sepuluh 
kati emas kerana dia seorang yang kaya.


Dengan tidak membuang masa lagi, Nakhoda Khar
pun pergilah meminang Dayang Isah.Pada mulanya Datuk 
Temenggong Kadir keberatan untuk menerima pinangan itu 
kerana dia tidak mahu orang luar berkahwin dengan 
anaknya.Tetapi apabila dia melihat Nakhoda Khar sanggup 
memberi sepuluh kati emas sebagai mas kahwin,maka 
pinangan itu pun diterimanya.Datuk Temenggong terpaksa
patuh dengan arahan suara yang didengarnya di dalam 
mimpinya tempoh hari.


Selang beberapa hari bertunang,maka upacara
perkahwinanpun berlangsung.Dayang Isah sedikit pun 
tidak berasa gembira.Dia menangis kerana masih kasihkan 
Abang Bunut.Begitu juga dengan Abang Bunut,tujuh hari 
tujuh malam berendamkan air mata.


Setelah genap sebulan menjadi suami isteri,
Nakhoda Khar pun meminta izin daripada Datuk Temenggong 
Kadir untuk berniaga di Brunei.Di hari baik bulan 
baik Nakhoda Khar pun belayarlah menuju ke Brunei 
bersama anak-anak buahnya. Apabila sampai di Pulau Burung, 
barulah Nakhoda Khar teringat yang kerisnya tertinggal,
maka ditinggalkan kapalnya di situ sahaja dan berpatah 
balik dengan mengayuh sampan seorang diri.Sesampainya ke 
muara Sungai Saribas, hari sudah pun malam.


Dalam perjalanan menuju ke istana, Nakhoda Khar
terasa sesuatu yang tidak menyenangkan hatinya lantas 
dia mempercepatkan langkahnya.Sesampai di istana, Nakhoda 
Khar terdengar suara isterinya,Dayang Isah sedang 
bergurau senda dengan Abang Bunut.Maka timbullah rasa 
marah dan cemburu yang tidak terkira di hati Nakhoda 
Khar,lalu dibacanya jampi ilmu tidur.Selepas jampi 
itu dibaca maka tidurlah seisi istana.Lalu Nakhoda 
Khar mengambil kerisnya lalu menikam Abang Bunut dalam 
tidurnya,matilah Abang Bunut. Selepas itu, Nakhoda 
Khar pun keluar meninggalkan istana dan menuju ke 
sampannya,dan terus berkayuh ke arah kapalnya yang 
sedang berlabuh di Pulau Burung.


Pada keesokan harinya,Dayang Isah dan seisi
istana terkejut melihat kematian Abang Bunut.
Dayang Isah sedar telah banyak nyawa yang 
terkorban hanya kerana kecantikannya.Dia takut 
andai dia hidup lebih lama lagi maka akan bertambah 
ramai lagi yang akan terkorban lalu Dayang Isah 
mengambil keputusan untuk membunuh diri.Dia pun 
mengambil keris lalu menikam dirinya beberapa kali      
tetapi tidak lut.Setelah gagal berbuat demikian maka 
Dayang Isah mengambil tujuh helai rambutnya yang panjang 
mengurai lalu diikatnya di leher hingga mati.


Setelah melihatkan perkara itu,maka Temenggong Kadir 
berasa amat marah.Dia tahu kejadian itu 
semuanya angkara Nakhoda Khar lalu dia pun menaiki 
perahu koleknya bersama Lancang Mayang untuk mengejar 
Nakhoda Khar.Perahu koleknya terlalu laju seperti 
naga lapar,pengayuhnya selebar tiga hasta. Akhirnya 
sampailah dia ke kapal Nakhoda Khar.Dia terus menghunus 
pedang saktinya yang bernama Gempetar Alam,lalu 
dipotongnya kapal Nakhoda Khar lalu terputus dua.      
Dan Nakhoda Khar serta semua anak buahnya mati lemas di 
Pulau Burung.


Selepas dari itu Datuk Temenggong Kadir pun baliklah 
untuk menguruskan mayat anaknya, Dayang Isah yang 
dimakamkan berhampiran dengan makam Abang Bunut.    
Menurut orang yang empunya cerita ini,makam Dayang Isah 
itu masih terdapat hingga sekarang ini di Pusa, 
Saribas dalam Bahagian Kedua Sarawak. 
   

Tuesday, July 16, 2013

Maksud Tulisan pada permukaan Tayar Kenderaan

Sila lihat no siri ini pada tayar kereta anda. Tahukah anda apakah maksud disebalik no siri tersebut? Saya pernah mengikuti satu ceramah yang dibuat oleh Jawatankuasa Keselamatan Jalan Raya semasa pertandingan lalulintas shell yang diadakan pada bulan Mei lepas. So gambarajah dibawah menunjukkan maksud ciri-ciri pada tayar. Jadi, sebelum perjalanan jauh, sila check keadaan tayar anda. Sebenarnya banyak lagi maklumat-maklumat berkaitan. Kalau saya jumpa balik maklumat tu, saya akan kongsikan lagi..


BATTLE OF MUKAH; SERANGAN LANUN SULU DI MUKAH

 
Sekitar tahun 1800an, kegiatan lanun di wilayah Sarawak amat berleluasa sekali. Lanun-lanun ini adalah terdiri daripada lanun-lanun Sulu yang berasal dari Selatan Filipina. Kekejaman lanun-lanun ini memang tiada taranya pada zaman itu ditambah dengan kegiatan mereka yang suka merompak kapal-kapal dagang yang berurusan dengan Sarawak dan juga menyerang kampung-kampung di persisiran pantai Sarawak. Lanun-lanun ini bukan sahaja akan merompak dan membakar kampung-kampung malah mereka juga menculik ramai wanita dan budak-budak kecil untuk dijadikan hamba abdi di dalam perahu-perahu mereka. Dikatakan bahawa perahu-perahu lanun ini adalah perahu layar yang bersaiz besar dengan berukuran 40 kaki panjang dan 10 kaki lebar dan mampu untuk memuatkan 100 orang lanun serta dilengkapi peralatan peperangan yang cukup seperti meriam dan sebagainya.

Rajah Brooke tidak menyenangi aktiviti ini kerana ianya telah menganggu keamanan rakyat Sarawak lebih-lebih lagi ianya menganggu gugat perdagangan Sarawak dengan dunia luar. Untuk itu pada November 1862, Rajah Brooke telah mengarahkan anak saudaranya iaitu Rajah Muda, Kapten John Brooke untuk ke Bintulu dan membina sebuah kubu di sana. Maka berangkatlah Rajah Muda dengan Kapalnya “Raibow” yang lengkap dengan segala bentuk peralatan perang seperti meriam yang akan digunakan untuk pertahanan di kubu yang dibina kelak. Disamping itu terdapat sebuah kapal penggempur “Jolly Bachelor” yang diketuai oleh Kapten Hewat juga mengusuli Rajah Brooke menyusuri persisiran pantai Sarawak ke Bintulu. Sewaktu menuju ke Bintulu inilah, Rajah Muda mendapat perkhabaran bahawa pelabuhan Mukah sedang diserang oleh lanun-lanun dan Rajah Muda ini maka tanpa berlengah telah mengarahkan kapal dan anak kapalnya ke Mukah. Sesampai di perairan Mukah, pertembungan kedua-dua kapal dengan perahu lanun pun bermula dan di dalam pertempuran itu armada laut Rajah Muda berjaya menenggelamkan 6 buah perahu lanun dan berjaya menyelamatkan tebusan-tebusan rakyat Sarawak yang dijadikan hamba abdi di perahu-perahu tersebut.

Hakikatnya di dalam Perang Mukah ini, armada Rajah Muda sebenarnya telah mengalami kerosakan yang teruk dan amat sukar untuk dibaiki dalam kadar segera sekiranya peperangan ini berlanjutan. Tetapi masa amat menyebelahi armada Rajah Muda kerana taktik peperangan yang digunapakai oleh Rajah Muda telah berjaya melemahkan angkatan lanun-lanun itu. Mangsa-mangsa penculikan lanun-lanun ini terdiri daripada penduduk persisiran Sarawak, pedagang-pedagang dari China dan Singapura serta 2 orang rakyat Inggeris telah dibebaskan di pelabuhan Mukah. Di dalam peperangan Mukah ini juga seramai lebih daripada 100 orang lanun yang terkorban dan ramai lagi yang mampu meloloskan diri dengan perahu-perahu kecil menuju ke laut luas. Diceritakan bahawa sepanjang berada sebagai hamba abdi di atas perahu lanun-lanun ini, kesemua tahanan telah diseksa dengan begitu zalim sekali. Mereka hanya diberikan minum air tawar yang sudah dicampur dengan air masin laut. Jika mangsa culikan terlalu letih dan tidak terdaya untuk berdayung maka mereka akan diseksa dengan menggosokkan cili merah ke mata mereka agar mereka kepedasan dan terus mendayung. Dan ada juga mangsa penculikan akan dibelasah dengan teruk dan sekiranya menemui ajal akan dibuang terus ke laut.

Inilah sekelumit sejarah tentang Peperangan Mukah yang berlaku diantara armada laut Rajah Muda John Brooke anak saudara Rajah James Brooke dengan lanun Sulu pada November 1862. Peperangan ini telah menandakan satu detik sejarah di dalam sejarah lama pembentukan Negara Sarawak yang lebih stabil dan makmur.

Borneo Oracle ♥ Sarawak’s History
Sources: Sellick, Douglas R. G. (2010). Pirate Outrages: True Stories of Terror on the China Seas. Freemantle Press