Friday, May 15, 2009

Jenayah disana sini


Setiap hari apabila membaca harian metro, maka setiap hari itulah ada saja kes pembunuhan, rogol, buang anak, rasuah, zina, ragut, mat rempit, rompak dan sebagainya dilaporkan. Baru-baru ini saja sudah beberapa kali harian metro melaporkan masalah lanun jalan raya yang mungkin didalangi mat rempit sehingga gejala tersebut ada yang meragut nyawa orang yang tidak bersalah. Kemanakah perginya sikap perikemanusiaan pada hari ini. Membunuh ibarat membunuh ayam ditepi jalan, nyawa manusia pada hari ini tidak berharga lagi. Manusia kejam sanggup melakukan apa sahaja sehingga sanggup membunuh manusia lain. Sedih dan tradis.

Baru-baru ini, beberapa kes ragut jalanan yang dilaporkan turut meragut beberapa nyawa ibu di negara kita. Tindakan penjahat itu telah memisahkan seorang ibu dengan seorang anak, dan cinta seorang isteri kepada suami. Sedih kerana seorang anak tidak mendapat belaian kasih sayang ibu, tiada tempat bermanja di usia muda kerana si ibu sudah tiada. Sedih kerana si anak terpaksa memakaikan pakaiannya sendiri dan pergi kesekolah tanpa kucupan seorang ibu. Sedih kerana si anak terpaksa merindui ibunya seumur hidup di usia muda.

Jenayah semakin berleluasa. Bagaimana mengatasinya? Jika dilihat pada hari ini, pelbagai usaha telah dijalankan untuk membendung masalah jenayah. Tapi semuanya nampak sia-sia. Sehinggakan ada pihak secara sukarela untuk membikin filem berkaitan dengan masalah ini,tp jelas nampak tiada kesan yang positif yang ingin disampaikan...
Maka, pokoknya manusia itu perlu kembali kejalan yang benar. Manusia hari ini jauh dari didikan agama. Mereka dididik oleh ibu bapa mereka untuk tidak bersolat, tidak mematuhi ajaran agama dan sebagainya. Akhirnya baka yang terhasil adalah 'pokok' yang yang tidak berbuah, malah 'pokok' tersebut memberi kesan dan kesusahan kepada orang lain. Ternyata untuk mendidik manusia secara keseluruhannya bukan mudah kerana ramai yang engkar dengan Allah berbanding dengan umatNya yang bertakwa. Pendek kata mereka yang ingat kapada Allah hanyalah golongan minoroti dan kadang-kadang golongan itu sering dimusuhi sebagaimana umat terdahulu menzalimi nabi-nabi.

Jadi, sebagai panduan bersama, kembalilah kejalan Allah..jadikan hidup kita bermakna untuk kehidupan diakhirat. biar kita rugi didunia, susah dan miskin didunia, tetapi jangan kita hidup sengsara diakhirat kerana akhirat itu kekal abadi...
Renungkanlah.......4 orang perompak telah ditembak polis..agak2nya, pada ketika dan waktu ini, apakah yang malaikat sedang lakukan terhadap mereka..bagaimana keadaan mereka sekrang...sejahterakah? atau sengsarakah?...Allahua'lam..............
Ya ALLAH, kembalikan umatMu seperti umat di zaman Nabi, ku mohon diriku dan umatmu yang bertakwa dilindungi dari azab dan balasanMu diatas kesongsangan hidup manusia di akhir zaman. Ya Allah, ku mohon rahmatMu agar ditempatkan diriku ditempat yang mulia diakhirat, hindarilah aku ya Allah dari perbuatan keji manusia yang berkhianat jahat terhadap diri hambaMu, Ya Allah, segala-galanya kuserah padaMu,

No comments:

Post a Comment