Sunday, July 12, 2009

Jangan memilih kerja..

Sebelum aku menjadi cikgu ni, aku dah merasa dah kerja2 yang sesuai untuk budak2 tak sekolah atau lepasan SPM..pantang ada cuti panjang sikit, cari kerja..dan aku rasa sejak aku masuk remaja, pelbagai kerja2 berat yang telah aku lakukan semata-mata untuk mencari poket belanja sendiri..masa aku abis PMR, cuti seminggu..masa tu ada kerja2 bina masjid kat sebelah rumah aku, aku pun jadi la kuli untuk cr pendapatan rm 10 sehari..masa tu merasa la jugak peritnya gali telaga dalam2, bancuh simen,angkat pasir dan batu..seingat aku masa tu aku hanya tahan 2 hari je..lepas tu give up...tu masa abis PMR..Lepas SPM pulak, tak sampai 2 minggu dok rumah, dah de orang ajak aku kerja..hmm..seingat aku kerja buat pelapik untuk kegunaan angkut2 barang pakai folip..satu tu upahnya rm 2..ho..ho..tp nak buat satu kena ambik masa 10 minit..itupun kena 2 org baru dapat siap 10 minit..klu sorang2, satu tu kena ambik masa 30 minit..dalam sehari, dapat la buat 30 buah pelapik..so, dapat rm 60 sehari..tp rm 60 tu kena bahagi 3 sebab buat dlm satu team..merasa la jugak gaji rm 20 sehari..kedang2 klu kerja sampai malam, dapat la rm 40 sehari..hmm..masa tu tak dapat dilupakan sebab kena tidur kat kilang tu..hujung minggu je boleh balik..sudah la sempit..kena kongsi dengan pekerja Indonesia..Tapi, time tu merasa gak la kulit aku putih sikit..yea la..24 jam dok lam kilang je...hmm..masa tu aku kerja sampai 1 bulan lebih je..sebab kontrak tu dah settle..gaji keseluruhan yang aku dapat pun aku rasa rm400 lebih je..sikit je...tp, masa tu dah kira banyak dah...

Tak sampai seminggu dok rumah, ada lagi kerja lain menanti..kerja mengecat bangunan sekolah bapakku..gaji masa tu rm 20 sehari..ok lah tu..tp kerjanya boring...asyik mengecattttt saja..hari2 kena menghadap cat..kerja dari pukul 7 , then rehat pukul 1, sambung lagik pukul 2 sampai pukul 5..aku rasa masa tu aku berjaya mengecat dalam masa 2 minggu..merasa gak la gaji RM 200..Hmm...masa tu mak aku suruh aku ambik lesen dengan duit yang aku kerja..hu..hu..sedih gak..hasil penat kerja2 selama ini, abis sekelip mata untuk ambik lesen..tak sempat dgunakan untuk beli baju sehelai pun..

Then, abis je kerja mengecat ni, datang la pulak tawaran kerja mengajar kelas fardu ain..hmm..masa tu aku mengajar kelas tahun 1, fuh..aku jadi guru untuk mengajar budak mengaji..sakittttt..asyik2 ulang alif ba ta..itu pun bila dtunjuk huruf jim, diam dan termenung semacam je..Rupa-rupanya dia orang tak tahu..hmm..aku rasa masa tu la terdetik jiwaku untuk menjadi seorang guru..yea la ..bila kita berjaya mengajar budak mengaji, perasaan gembira tu mengatasi segala kepayahan yg dilalui sebelum ini..biarpun tak dapat apa2 dr budak2 tu, tapi hati puas bila melihat mereka berjaya..(berjaya kenal huruf alif, ba, ta, lepas tu..senyap..sebab tak tau sambungannya).

Then, aku mendapat tawaran masuk matrikulasi..maka setahun itu aku fokus untuk belajar dan bermain2 dimatrikulasi..he.,.he..mujur lah masa tu aku jumpa budak2 al irfaan..kalau tak, mungkin aku hanyut didalam gelombang kepanasan hawa nafsu budak2 matrikulasi..yea la, banyak sangat yg bercouple masa tu sampai ada yang beromen kat bawah tangga library..

Lepas matrikulasi je, at least ada 2 bulan lagi before pengumuman masuk University dikeluarkan..aku mengambil peluang untuk mencari kerja sambilan..dan kerja yang aku dapat ini adalah kerja sebagai kuli dikilang kayu dengan pendapatan RM 14 sehari..Fuh, kerja tu memang mencabar dan berat..mula2 aku disuruh susun kayu..then, bila susunan tak betul, kena roboh balik..tu je kerja aku satu minggu pertama..angkat dan susun kayu..nak rehat 3 minit pun susah..asyik kena sound je..the, aku dsuruh potong kayu guna mesin..fuh..mesin2 tu memang takut giler lah..tajam..silap hari bulan, leh terputus jari..hmm..selama kat situ, macam2 jenis kerja aku dah buat..dari angkut kayu kecik sampai la kayu2 kelapa yang besar..time waktu solat la waktu yang dnanti2kan..yea la, leh rehat kejap sampai sebelum sembahyang..dan time tu lah nak aku lepaskan segala kelelahan seharian..tempat solat mmg tak selesa...

Kat situ, aku banyak belajar pelbagai perkara..aku menyelusuri kehidupan remaja2 yang tak bersekolah, dan memilih pekerjaan ini untuk mencari rezeki..aku juga menyelurusi gaya kehidupan mereka sehingga ada yang mengaku pernah melakukan hubungan #$%^ seawal usia 15 tahun..faktor kemalasan hendak belajar dan kehancuran rumah tangga ibu bapa mereka adalah alasan utama mereka jadi begini..selain itu aku juga bergaul dengan masyarakat indonesia yang berkerja di temapt itu..sedikit sebanyak aku memahami budaya maysrakat indonesia..selain itu, aku sedikit sebanyak belajar mengenai pentadbiran disitu..aku memperhatikan bahawa pekerja tak suka dengan bos klu bos tu tak menepati masa bagi gaji dan janji..sejak itu la aku kena belajar untuk menepati masa...

(sambung masa lain la..si Azli nak baca sangat penulisan aku nih wlupun tak siap =) )

No comments:

Post a Comment