Shh.. saya nak tanya satu soalan. Pernahkah kamu memancing ikan? Kalau tak pernah memancing, pernahkah kamu melihat orang memancing? Kalau tak pun, bolehkah kamu membayangkan seseorang sedang memancing? Baiklah, katakan kamu menemani seseorang yang asyik memancing. Tiba-tiba mata kailnya disentap oleh seekor ikan dan dia segera memutar tali pancing.
Akhirnya ikan itu dapat dinaikkan ke atas. Terkedik-kedik ia di hujung mata kail. Kamu lihat pemancing itu tersenyum lebar. Gembira benar hatinya. Kamu juga tersenyum bangga kerana itu bermakna satu kemenangan.
Kamu turut ghairah melihat pemancing itu cuba membebaskan ikan daripada mata kailnya.
Tiba-tiba setelah dia melepaskan mata kail daripada mulut ikan, dia mencampak ikan itu kembali ke air. Eh, apa hal? Kamu memandang pemancing itu dengan seribu tanda tanya, tetapi dia bersahaja seolah-olah tindakan dia tak menimbulkan soalan. Dapatkah kamu rasa apakah dideritai oleh ikan itu? Bolehkah ia menyambung hidup dengan mulutnya yang luka atau mungkin isi perutnya yang sudah robek? Sudah tentu ia akan mengalami kesakitan sebelum mati. Dengan mulut terkoyak, sudah tentu dia tidak dapat mencari makanan, untuk berenang pun tidak mampu.
Begitulah juga, setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah dia mula menyayangi kamu, maka hendaklah kamu menjaga hatinya. Jangan sesekali terus meninggalkan begitu sahaja, sebab dia akan terluka oleh kenangan bersama kamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingati kamu.
Sebab itu, apabila kamu merelakan hati kamu untuk bercinta, seriuslah dalam tindakan dan keputusan kamu itu sebab jika kamu hanya main-main, akan ada pihak yang menangis.
Tentu kamu dapat bayangkan betapa sakit dan deritanya ikan menjalani hidupnya setelah dilemparkan kembali ke air. Begitulah, alangkah sakitnya hidup bersama hati yang terluka kerana mengingati seseorang.
Kamu kena faham, cinta pertama kamu akan kekal bersama kamu sehingga ke akhir hayat kamu. Ia ibarat gambar foto yang kamu ambil dan kamu simpan dalam album. Ia kekal di situ meskipun ada banyak lagi gambar yang kamu ambil dan letakkan di atasnya.
Cinta adalah fitrah manusia. Tuhan menjadikan cinta untuk memberi kebahagiaan kepada hamba-hambaNya, menjalani hidup mereka, tapi tahukah kamu, lebih ramai orang menderita kerana cinta daripada yang berbahagia kerana cinta? Kenapa jadi begitu?
Jika kamu sedang bercinta, peliharalah hatinya dan rencahilah cinta kamu dengan kejujuran, kesucian dan keikhlasan serta dasarkan cinta kamu itu kerana ALLAH TAALA. Hanya cinta begini akan kekal, selainnya pasti menempuh jalan berliku dan akhirnya menumpahkan air mata kesedihan.
Maka itu, jika kamu belum bersedia untuk berlaku jujur, jangan bercinta dahulu. Jika belum bersedia untuk setia jangan cuba-cuba untuk memberi hati kepada orang lain. Perbuatan yang begini akan hanya menghabiskan masa dan membazirkan air mata.
Jika kamu memancing, teruskan ambil ikan itu dan bawa pulang. Kerana itu lebih baik daripada kamu memasukkannya kembali ke dalam air kerana perbuatan itu memulakan satu penderitaan…
HUHUHUHU…

(di ambil dari karya seorang hamba Allah dr blognya...)
No comments:
Post a Comment