Sunday, July 14, 2013

Hubungkait Puasa dan Kesihatan


Realitinya tidak, pada bulan mulia inilah perniagaan makanan sangat lumayan. Pasar Ramadan tumbuh di serata tempat dengan aneka juadah lauk pauk dan kuih muih yang sukar ditemui pada hari-hari biasa. Di restoran dan hotel, pelbagai hidangan istimewa disediakan untuk pelanggan merai keluarga, kawan atau rakan niaga berbuka puasa. Di masjid-masjid dan surau-surau juga macam-macam makanan disediakan ahli khariah.
 
Sungguhpun begitu, kita tidak harus lupa puasa di bulan Ramadan adalah ibadat yang diwajibkan, dan kewajipan ini mempunyai banyak manfaatnya dari sudut kesihatan. Malah kini berpuasa menjadi satu kaedah yang digunakan untuk mengurangkan berat badan dan menjaga kesihatan.

Berpuasa adalah satu cara untuk menyahtoksik yang banyak terkandung dalam makanan yang kita ambil saban hari. Tanpa kita sedari, di dalam tubuh terhimpun racun perosak, bahan pengawet, sisa-sisa dadah dan bahan kimia bahan pencuci serta seribu satu bahan kimia lain yang boleh memudaratkan kesihatan.
 
Lapisan usus mengandungi berbilion parasit, dan organ-organ dalaman juga mungkin terkumpul dengan toksin dan melalui puasa detoksifikasi organ berlaku. Berpuasa boleh membersihkan saluran darah daripada racun yang disebabkan oleh toksin. Sesetengah orang mengamalkan puasa dengan hanya mengambil jus buah-buahan sehingga sebulan kerana proses detoksifikasi sel-sel dalam tubuh mengambil masa yang lama.

Semasa berpuasa tubuh membuang lebihan selular; setiap hari berbilion sel dalam tubuh manusia digantikan dengan yang baru. Sel-sel yang mati perlu dinyahkan. Proses ini berlaku apabila seseorang berpuasa; tubuh akan membuang sel-sel mati, tisu-tisu yang telah rosak, lemak-lemak terkumpul, tumor dan sebagainya. Semua ini akan terbakar atau dinyahkan sebagai bahan buangan. Berpuasa akan 'melarut' sel-sel berpenyakit secara sistematik dan meninggalkan tisu-tisu yang sihat. Sebab itulah berpuasa boleh menambahkan proses penyembuhan.
 
Apa yang dibersihkan tubuh apabila berpuasa?
1. Sel-sel mati, hampir mati atau yang berpenyakit.
2. Tisu-tisu lemak yang tidak diperlukan.
3. Asid-asid lemak trans.
4.Lapisan mukus yang mengeras di dinding usus.
5. Bahan buangan toksik dalam sistem lympha dan saluran darah.
6. Toksin dalam limpa, hati dan buah pinggang.
7. Toksin-toksin yang tertanam dalam fiber selular dan tisu-tisu organ.
8. Deposit dalam tiub-tiub halus yang bertanggungjawab menyuburkan sel-sel otak.
9. Kolesterol berlebihan.
 
Apa kesannya puasa terhadap kesihatan:
1. Kecergasan otak dapat dipertingkatkan.
2. Berat badan dapat dikurangkan dengan selamat tanpa geleber.
3. Sistem saraf diseimbangkan.
4. Paras tenaga dipertingkatkan.
5.  Organ-organ dipertingkatkan kecergasannya.
6. Biokimia selular diharmonikan.
7. Kulit menjadi lebih halus, lembut dan sensitif.
8. Lebih mudah bergerak.
9.Pernafasan lebih penuh, bebas dan dalam.
10. Sistem digestif direhatkan

No comments:

Post a Comment