Kesukaran untuk berak?Inilah yang dinamakan sembelit. Saya pasti ramai yang mengalami masalah untuk berak. Kalau berak pun sedikit je yang keluar kalau dibandingkan dengan rasa yang nak keluar. Kesukaran untuk berak ini sebenarnya boleh mengundang bahaya terhadap kesihatan. Najis yang disimpan terlalu lama didalam usus boleh mendatangkan ketoksidan dalam perut, seterusnya menggalakkan kanser usus. Berapa kali standard berak dalam sehari? jawapannya ialah sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Berikut sedikit info tentang masalah sembelit.
Gejala-gejala umum sembelit adalah meliputi (sekiranya anda mempunyai salah satu daripada gejala ini, maka memang sah anda sudah mengalami sembelit):
- Kekerapan untuk berak berkurangan berbanding biasa
- Perlu teran sampai muka menjadi merah ketat ketika berak
- Terasa sakit ketika berak
- Tahi kelihatannya sangat kering dan keras, dah rupa macam tahi arnab atau tahi kambing.
- Tidak berasa puas selepas berak – terasa macam ada lagi tahi yang tak keluar.
- Teran punya teran, alih-alih seketul tahi pun tak terkeluar. Keluar tandas dengan muka yang hampa.
- Kadang-kadang proses meneran itu boleh mengakibatkan pendarahan pada dubur (lubang punggung)
- Selain itu, mereka yang mengalami sembelit akan cepat berasa kenyang ketika makan.
Punca-punca umum sembelit meliputi:
- Kurang pengambilan air
- Kurang pengambilan serat
- Kurang aktif
- Stres
- Malas nak ke tandas
- Pandang remeh apabila terasa pola untuk berak itu semakin mengurang
- Punca lain termasuklah pengambilan beberapa ubat (seperti ubat penghilang rasa sakit), beberapa keadaan perubatan dan perubahan persekitaran (pergi bercuti).
Cara mudah untuk mengatasi sembelit:
- Lakukan senaman secara kerap. Disamping mengurangkasn stres, bersenam juga mampu meningkatkan kadar metabolisma. Apabila metabolisma meningkat, proses peristalsis juga menjadi semakin pantas (cepat berak).
- Minum air secukupnya – ramai mengesyorkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari, tetapi bagi aku, bab minum-minum air ni hanya perlu dengar pada tubuh anda. Minum apabila mula terasa dahaga, dan perhatikan warna air kencing. Sekiranya mula berwarna kuning pekat, perbanyakkan minum air.
- Makan lebih banyak serat, termasuk bijirin, roti gandum penuh, nasi, dan sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayuran sehari.
- Jangan malas nak ke tandas!
Dapatkan nasihat perubatan yang selanjutnya sekiranya sembelit anda adalah pada peringkat yang lebih parah (sakit perut, muntah-muntah, dan lawas mengandungi lendir/darah)
No comments:
Post a Comment