Sunday, July 14, 2013

TEACHING METHODOLOGY (JIGSAW 1)

 
Saya ingin berkongsikan dengan rakan-rakan guru mengenai satu teknik pengajaran yang dinamakan JIGSAW 1. Teknik ini sesuai untuk Student Center Learning, dimana proses pembelajaran diperolehi sendiri oleh pelajar dengan bantuan guru, bukan kaedah chalk n talk. Saya sendiri kerap menggunakan teknik ini didalam kelas terutama semasa pencerapan berlangsung. Sekurang-kurangnya adalah aktiviti pembelajaran diisi semasa pencerapan berlangsung.
 
Jigsaw 1(pembentangan dalam kumpulan)

Tentukan perkara-perkara berikut dahulu:
1) Jumlah pelajar dalam satu kelas:
2) Jumlah tajuk yg hendak dibincangkan:
3) Senarai2 tajuk yg hendak dibincangkan:
4) Sumber rujukan pelajar:
5) Bentuk Penilaian:

Contoh:
Jumlah pelajar: 24 orang
Jumlah tajuk: 4
Tajuk2: (contoh subjek sains)
1) Mualism
2) Commensalism
3) Parasitism
4) Pre-predator
Sumber rujukan: Buku teks atau rujukan
Bentuk penilaian: pembentangan/ kuiz

General group
1) Pecahkan pelajar kepada beberapa kumpulan dimana setiap bilangan ahli mengikut jumlah tajuk yg hendak dibincangkan.
2) Berikan nombor undian 1,2,3 dan 4 kepada setiap ahli kumpulan. Setiap org akan mendapat nombor yg berbeza.
3) Suruh pelajar mengingati ahli masing-masing dan lantik ketua.
 
Expert Group
1) Pecahkan ahli kumpulan General tadi kepada kumpulan baru mengikut nombor undian yang sama.
2) Pelajar yang mendapat undian nombor satu akan berkumpul dalam kumpulan satu. Begitulah seterusnya.
3) Kemudian, berikan tajuk yang perlu dibincangkan kepada pelajar2 tadi mengikut undian. Satu kumpulan satu tajuk.
4) Didalam expert group, pelajar akan berbincang secara detail tajuk yg diberi kepada mereka dan setiap org harus menguasainya. Guru memantau dan membantu pelajar yg kurang jelas.
 
Back to general group
1) Selepas berbincang dalam expert group, suruh pelajar masuk semula kedalam general group.
2) Didalam general group, arahkan mereka untuk membentangkan apa yg mereka perolehi dalam expert group dan setiap org memainkan peranan untuk memastikan rakan2 mereka faham tentang tajuk mereka.
3) Arahkan setiap ahli bercakap dan memastikan rakan-rakan faham
 
Penilaian
1) Berikan sehelai kertas majong, dan suruh pelajar buat peta minda dalam satu kertas tentang semua topik yg dibincangkan. Lantik hanya seorang pembentang yg akan membentangkan kesemuanya. (Sekiranya semua ahli main peranan, pembentang akan berjaya membentangkan semua tajuk.
Itu saja..sangat seronok dan pelajar saya suka berbanding kaedah pembentangan biasa.

No comments:

Post a Comment